Tuesday, October 3, 2017

Maksud Sebenar Mati @ Maut

APA ITU MATI ?



Mati? Semua jiwa akan merasainya. Pada kesempatan kali ini saya akan mengajak anda dan kita semua untuk sejenak  merenung apa sebenarnya itu kematian atau yang kita kenal dengan istilah al-maut..?

Mati…!!! Kata ini sering kali kita dengan dan kita temui dalam kehidupan kita sehari-hari, namun kita sering tidak mau tau apa sebenarnya yang dimaksud dengan kata kata ini, untuk itu bagi anda yang sudah melawat dalam blog ini, saya mendoakan kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak. InShaaAllah.

Mati atau Maut.. !!!
Adalah bahasa Melayu yang digunakan sebagai tanda berpisahnya roh dengan jasad untuk sementara waktu yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Mati adalah sesuatu yang Maha Halus dan ghaib yang paling dekat dengan kita, dimana kita semua sedang berada dalam intaiannya dan bahkan dia akan sering datang melihat kita, kadang juga memperingatkan kita.

Sabdha Nabi saw:

“Maut itu adalah perkara ghaib yang paling hampir yang sedang ditunggu”.

Mati itu adalah suatu kepastian yang pasti akan datang menjemput kita dalam keadaan siyap ataupun tidak dan itu berlaku bagi setiap yang bernyawa sebagaiman dijelaskan dalam (QS. Ali ‘Imran : 185)

“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati”

Hakikat mati bukan bererti ketiadaan semata-mata atau kehancuran keseluruhan dan kehilangan sepenuhnya. Tetapi masih ada hubungannya selepas itu.

Mati ialah terputusnya hubungan roh dengan jasad lahir dan batin, perpisahan di antara kedua-duanya, pertukaran dari satu keadaan kepada keadaan lain.

Dr Sidi Gazalba menyatakan:

kematian ialah terhentinya jasmani berfungsi, yakni nafas, jalan darah, gerak, fikiran, perasaan dan tenaga.

Kematian adalah batas sempurnanya roh (jiwa) dalam hidup makhluk. Maut bererti menghilangkan seluruh daya, selama roh itu berada dalam genggaman Allah.

Maut adalah penyempurnaan dua hal iaitu penyempurnaan yang secara hakiki, iaitu mati dan penyempurnaan tidur (tidak sempurna) kerana tidur itu hakikatnya adalah mati juga.

Mati berbeza dengan tidur, kerana tidur adalah terputusnya roh sementara dengan hubungan lahiriah.

Allah berfirman

Maksudnya: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)” (Surah az-Zumar, ayat 42).

Ramai manusia menganggap kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Namun keadaan sebenar kehidupan di alam barzakh hanya diketahui oleh Allah. melalui nas al-Quran dan hadis, manusia awal-awal lagi diberi peringatan agar bersedia menempuhinya dengan memperbanyakkan amalan kebajikan dan menjauhi kemungkaran agar terjamin keselamatannya kelak.




Ustaz Ahmad Dusuki - Keyakinan Selepas Mati

No comments:

Post a Comment